KOMUNIKASI HEBAT


MANUSIA MEMERLUKAN KOMUNIKASI UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT. ADA MAKLUMAT YANG PENTING DAN ADA YANG KURANG PENTING. TANPA KOMUNIKASI HIDUP AKAN MENJADI SUNYI DAN SEPI.

SOALNYA BAGAIMANAKAH MAKLUMAT DAN ARAHAN DAPAT DISAMPAIKAN DENGAN BERKESAN? PENERIMA MAKLUMAT DAN ARAHAN MEMAHAMI APA YANG DISAMPAIKAN DENGAN JELAS DAN MENCAPAI MAKSUD SEBENAR. JIKA MAKLUMAT YANG DISAMPAIKAN TIDAK MENCAPAI MAKSUD SEBENAR MAKA DI SINI TIMBUL MASALAH KOMUNIKASI.

SEORANG MAJIKAN, PENGURUS, PENYELIA YANG TIDAK JELAS DALAM MEMBERI ARAHAN KEPADA STAF ATAU PEKERJANYA AKAN MENDAPAT HASIL YANG TIDAK MEMUASKAN. BEGITU JUGA IBU BAPA YANG GAGAL DALAM MEMBERI ARAHAN, NASIHAT DAN TEGURAN YANG SILAP BERPUNCA DARI KOMUNIKASI YANG KURANG BERKESAN.

KAMI BERSEDIA MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG KOMUNIKASI HEBAT. ANDA AKAN MENJADI INSAN HEBAT DENGAN KOMUNIKASI HEBAT. JOM KONGSI PENGALAMAN DENGAN KAMI.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
1-2-2 Jalan Megan Setapak 1,Taman Megan Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
Tel/fax : 03-4131 6122
HP: En. 017 3155044 Jahidin Marup


. Baca lagi!

Pengurusan Organisasi UTM International Campus


Membina sebuah organisasi yang mantap bukanlah suatu yang mudah. Kadang kala pemimpin dalam organisasi berhadapan dengan pelbagai masalah dan karenah. Sama ada dari kalangan pemimpin dalam organisasi mahupun dari ahli. Antara penyebab utama organisasi itu goyah dan penuh dengan masalah ialah pengurusan dalam organisasi tersebut . Masalah menjadi lebih rumit apabila matlamat dan objektif organisasi diketepikan oleh pemimpin dan ahlinya.

Justeru itu organisasi yang mampu bersaing dan menuju ke matlamatnya adalah organisasi yang diurus oleh pemimpin dan juga ahli yang faham tentang pengurusan organisasi. Pengurusan organisasi akan membantu para pemimpin untuk mengariskan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat umum.


Alif Consultant telah membantu para pemimpin mahasiswa dalam bengkel pengurusan organisasi khusunya persatuan di kampus. Bengkel ini telah memberi pendedahan tentang tujuan, matlamat, objektif serta kepentingan organisasi dalam persatuan. Mahasiswa wajar mengambil peluang untuk belajar secara amali dengan terlibat secara langsung dalam persatuan. Ianya penting kerana subjek pengurusan yang di ajar dalam bilik-bilik kuliah hanyalah bersifat teori.

Maka peluang untuk mengetahui asam garam dalam berorganisasi adalah terlibat dalam berpersatuan. Terdapat pelbagai persatuan di dalam kampus yang boleh dipilih oleh mahasiswa untuk mengangotainya. Sekiranya sukan lasak menjadi pilihan mahasiswa maka sertailah. Keutamaan dalam organisasi adalah mengajar kita tentang peraturan serta disiplin.


Mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia International Campus telah mendapat peluang bersama dalam Bengkel Kecemerlangan Organisasi baru-baru ini. Mahasiswa yang rata-ratanya dari kursus kejuruteraan dan diploma telah diberikan pendedahan tentang kelebihan dan keseronokkan berorganisasi. Pasti ada sedikit cabaran dan halangan namun halangan itu hanya terlaluj kecil jika dibandingkan dengan apa yang bakal dilaksanakan.

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang berdisiplin mematuhi peraturan dan mampu mengkaderkan ahlinya untuk terus memimpin organisasi tersebut. Jadi anda jadilah sebahagian dari organisasi tersebut anda pasti melihat dunia anda dalam wajah berbeza. Adios.
Baca lagi!

Motivasi Hijrah Remaja dan Ibubapa


Tahun Baru Hijrah muncul lagi. Sambutan meriah dengan majlis ilmu di sana sini. Pengkisahan hijrah Rasul dibentang dalam ceramah, forum, diskusi dan pelbagai medium dakwah. Tidak kurang juga paparan yang menarik di kaca televisyen, blog, facebook dan pelbagai medium elektronik dengan rancangan dan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah. Bagaimana pula sambutan Hijrah di tempat anda?. Adakah anda menjadi sebahagian penganjur program atau peserta program? Harap-harapnya tiada yang tidak rasa terkesan dengan kehadiran Maal Hijrah.



Alhamdulillah di tempat saya dianjurkan sambutan khusus untuk para remaja dan ibubapa. Tajuk Motivasi Hijrah Remaja dan Ibubapa menjadi kupasan yang telah dibentangkan oleh saya pada sessi ceramah. Anak-anak diberikan pendedahan kepentingan azam baru dan pelaksanaanya. Para ibu bapa pula sama-sama diingatkan peranan dalam memberi pendidikan keagamaan kepada anak-anak. Anak-anak adalah anugerah yang perlu dibimbing dengan akidah yang mantap.



Kisah nabi Ibrahim seorang bapa yang sangat sabar serta nabi Ismail anak yang soleh menjadi kupasan dalam ceramah pada malam tersebut. Manakala kisah pemuda Ashabul Kahfi yang mantap dengan akidah dalam menjaga agama agar tidak termasuk menjadi murtad dikupas agar ibubapa dan para remaja dapat mengambil pengajaran.

Apa jua program di tempat anda diharap anda tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya. Kita tidak tahu sama ada tahun baru hijrah ini akan dapat disambut lagi oleh kita pada tahun mendatang. Mungkin tahun ini menjadi 'final year' kita diatas muka bumi ini. Maka sentiasalah ada azam yang baik dan rancanglah bagaimana azam itu dapat dilaksanakan.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah dari kami Alif Consultant.
Baca lagi!

Asas Pengajaran Kreatif Kaedah Alif


Dunia pendidikan adalah suatu yang mencabar. Peredaran zaman secara langsung mengubah keadah mengajar dan mendidik para pelajar. Seringkali kedengaran keluhan para guru mengenai kaedah pengajaran yang mampu mencapai tahap kecemerlangan. Persoalan para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan adakah hasil dari kaedah serta teknik pengajaran di sekolah ataupun hasil pembelajaran di pusat-pusat tuisyen? Adakah ibu bapa tidak benar-benar yakin bahawa para guru di sekolah sudah cukup terlatih untuk membimbing anak-anak mereka untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan?



Kami benar-benar yakin para guru yang mengajar di sekolah adalah mereka yang terlatih serta mampu membimbing para pelajar. Namun faktor-faktor sampingan seperti jumlah pelajar, faktor pelajar, kesibukan para guru dengan aktiviti selain mengajar adalah faktor yang menyumbang kepada keperluan kelas tambahan dan seumpamanya. Selain itu para guru juga perlu diberi nafas baru dalam kaedah pengajaran serta teknik pengajaran kreatif untuk membimbing para pelajar yang terdedah dengan faktor persekitaran secara pantas dan tidak terbatas.




Maka kami telah merangka satu teknik pengajaran kreatif bagi berkongsi dengan para bakal pendidik serta guru-guru yang dikenali Pengajaran Kreatif Kaedah Alif. Kaedah ini mampu memberi pendedahan serta membina kembali semangat serta matlamat memberi bimbingan kepada para guru serta bakal guru.



Alhamdulillah kami telah menganjurkan Kursus Asas Pengajaran Kreatif Kaedah Alif di Universiti Malaya baru-baru ini untuk bakal guru yang akan mengajar subjek pengajian Islam dan Al Quran. Para bakal pendidik ini telah diberikan beberapa kaedah dalam pengajaran, menghadapi pelajar yang bermasalah, membina jatidiri guru agar tidak mudah patah semangat, yakin bahawa tugas mendidik merupakan amalan yang paing mulia dan pelbagai lagi.



Pengajaran Kreatif Kaedah Alif mempunyai beberapa modul yang mampu membantu para pendidik serta pendakwah untuk terus melangkah maju tanpa merasa jemu dan letih dalam mendidik anak bangsa untuk mencapai kecemerlangan.



Anda akan menjadikan anak-anak didik anda cemerlang bila anda yakin dengan diri anda.
Baca lagi!