Mengenali Kami....

|


PENGENALAN

Alif Consulant adalah sebuah syarikat Latihan dan Motivasi yang bercita-cita untuk membina minda dan keperibadian sumber manusia dengan matlamat untuk mencapai kecermerlangan dalam semua lapangan hidup sebagai individu, keluarga, masyarakat dan organisasi.

Dengan matlamat dan cita-cita ini Alif Consultant mempunyai motivator dan fasilitator yang terlatih dalam pelbagai lapangan untuk menyumbang terhadap pembangunan sumber manusia. .

Sejak mula beroperasi di awal 2007, Alif Consultant telah terlibat dalam pelbagai program seperti Ceramah, Kem Motivasi, Team Building dan pelbagai lagi. Sentuhan rohani menjadi perkara utama bagi setiap program dibawah kendalian Alif Consultant.


VISI

Menjadi sebuah syarikat yang menyumbang kepada pembangunan minda, sahsiyah, spiritual dan fizikal manusia.


MISI

Membantu muslim komited dengan Ilmu dan Istiqamah dalam usaha untuk berjaya dengan menyediakan latihan dan motivasi berterusan dengan pelbagai saluran dan kelompok masyarakat.


MOTTO

“Transform With Knowledge”





OBJEKTIF



  • Mewujudkan kesedaran kepentingan untuk sentiasa menuju kecermerlangan dalam segala aspek kehidupan.
  • Membantu manusia untuk memahami tujuan kehidupan dan penghujung kehidupan dengan kejayaan .
  • Melatih kader-kader yang mampu menjadi pemimpin diri, keluarga, masyarakat dan organisasi.
  • Menyediakan peluang untuk individu, keluarga dan organisasi untuk membina potensi dalam kehidupan dan mengetahui potensi diri.


KAEDAH PELAKSANAAN

Program dilaksanakan dengan pendekatan yang tersusun, penyampaian dengan menggunakan slide, latihan dalam kumpulan, kerja berpasukan, lagu dan nasyid. Konsep penyampaian secara dua hala dan interaksi dengan para peserta serta berkongsi idea diketengahkan dalam penyampaian.


BUTIRAN SYARIKAT

No. Pendaftaran Syarikat : 001709998-W

Tarikh Pendaftaran : Jan 2007

Pengarah Syarikat :
MOHAMED SABIR JAMALUDIN



TENAGA UTAMA

MOHAMED SABIR JAMALUDIN

Kelulusan

: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (UIN SUSKA Riau)

: Diploma Syariah (Kolej Darul Hikmah)

: Diploma Eksekutif Syariah (Universiti Malaya)

: Certified Basic Nuero Lunguistik Programme

Mohamed Sabir Jamaludin mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengucapan awam (public speaking), ceramah, motivator dan pembangunan insan. Beliau mempunyai kemahiran dalam penyampaian yang mendekatkan para peserta program secara santai tetapi penuh dengan tuntutan rohani. Persembahan yang mudah dan mampu diaplikasikan terus selepas program merupakan suatu anugerah dan bakat yang dimiliki oleh beliau.

Beliau telah terlibat dalam pelbagai bentuk dan kelompok masyarakat sejak diusia muda remaja lagi. Antara kelompok masyarakat yang telah mendapat sentuhan beliau terdiri dari pelajar sekolah, remaja, golongan belia, keluarga dan juga warga emas.


AZIZI SHUKRI ABDUL SHUKOR

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (UIN SUSKA Riau)

: Diploma Syariah (Kolej Darul Hikmah)

: Diploma Eksekutif Syariah (Universiti Malaya)

: Diploma Elektronik ( UTM)

Azizi Shukri Abdul Shukor mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan dan pembangunan insan. Keupayaan membimbing peserta dengan sistematik dan mampu membuat peserta sentiasa dalam keadaan tenang. Mahir mengendalikan aktiviti outdoor serta sukan adalah kemahiran beliau. Telah banyak merantau dan melihat perkembangan masyarakat membuatkan pengalaman dalam bidang latihan meningkat.


ARIFFIN MOHAMED

Kelulusan : Sarjana MBA (Open University Malaysia)
: Ijazah Sarjana Muda Elektrik (Universiti Teknologi Malaysia)

: Diploma Tasawwur Islam (ILHAM)

: Diploma Healing Holistik (AIMST)

: Diploma Elektrik Kuasa (UTM)

: Certified Basic Nuero Lunguistik Programme


Ariffin Mohamed mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan dan pembangunan insan. Keupayaan membimbing peserta dengan sistematik dan mampu membuat peserta sentiasa dalam keadaan tenang. Mahir mengendalikan aktiviti outdoor serta sukan adalah kemahiran beliau. Telah banyak merantau dan melihat perkembangan masyarakat membuatkan pengalaman dalam bidang latihan meningkat.








0 comments:

Post a Comment

Bagi meletakkan emoticon diatas, anda boleh memasukkan kodenya (panduan seperti diatas)