Tuesday, February 15, 2011

Motivasi Maahad Tahfiz Al Quran Wa Imamah





Maahad Tahfiz AL Quran Wa Imamah (MATQI)terletak di Bukit Krayong Meru Klang menempatkan hampir 80 orang pelajar. Seawal usia 10 tahun hingga 22 tahun semuanya pelajar lelaki menghuni penempatan yang masih lagi riuh dengan kerja pembinaan penempatan mereka.







Kami Alif Consultant dan sahabat Alif berkesempatan beramah mesra bersama anak-anak ini dalam program motivasi kecemerlangan diri baru-baru ini. Program amal Alif Consultant adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tahfiz ini bahawa dengan menjadi seorang hafiz bukan hanya untuk menjadi Imam masjid sahaja, bahkan mereka juga mempunyai pelbagai peluang dalam kerjaya yang lain. Kelebihan menjadi hafiz merupakan satu kelebihan bagi mereka untuk menguasai ilmu lain kerana di dada mereka sudah ada Al Quran.





Rata-ratanya pelajar ini dihantar oleh ibubapa mereka atas pelbagai tujuan. Namun dalam sessi bersama kami kebanyakan pelajar dihantar tanpa "kerelaan" mereka. maklumlah kehidupan di maahad tidak sama seperti kehidupan di sekolah berasrama biasa. Aturan dan jadual juga jauh bedanya. Tentu sekali tiada kemudahan permainan seperti playstation game, facebook, dan uptown down town seperti yang telah menjadi kebiasaan mereka yang terdiri dari anak-anak bandar. Belajar untuk menjadi hafiz memerlukan disiplin yang berbeza berbanding dalam aliran akademik biasa. Agak sukar pada awalnya pada anak-anak ini tapi kami yakin mereka akan memahami dan mengecapi kebahagiaan nanti.







Kami amat kagum dengan kesungguhan pengasas mahaad ini Ustaz Azrul Hakim Suradi, yang berusaha keras untuk memastikan anak-anak yang diamanahkan kepada beliau terdidik dengan Al Quran. Selain itu kesungguhan beliau mencari dana bagi memastikan Mahaad ini dapat disiapkan dengan jayanya. Setakat ini kami perhatikan masih banyak lagi sumbangan diperlukan bagi menyiapkan mahaad ini. Sumbangan orang ramai berbentuk wakaf, derma dan sebagainya amat sangat diperlukan bagi membantu menyiapkan mahaad ini.



Ketika kami berbual dengan ustaz Azrul Hakim, sempat kami bertanya kenapa beliau bertungkus lumus berusaha dalam mewujudkan mahaad tahfiz ini, katanya ia adalah tanggungjawab bagi menyediakan ruang dan peluang bagi anak-anak agar tidak terlibat dengan gejala sosial seperti dadah,berpeleseran dan sebagainya. Pada usia awal inilah perlu dididik anak-anak dengan Al Quran agar mampu menjadi benteng kehidupan mereka. Wah tentu besar sungguh erti pengorbanan beliau ini. Rata-ratanya masyarakat hanya bercakap tentang gajala sosial tanpa ada apa-apa sumbangan tetapi ustaz Azrul Hakim telah berusaha bukan hanya dengan kata-kata.



Apa pula usaha kita ya? Adakah kita masih diselubungi kehidupan kita yang berkisar hal aku, kerja aku, masalah aku, keluarga aku, duit aku sahaja? Adakah kita lupa dengan tanggungjawab kita bersama dalam masyarakat. Bukankah kita mampu menghulurkan bantuan seperti tenaga, buah fikiran, masa, wang ringgit dan pelbagai lagi dalam membantu membina manusia yang jiwa dan akal yang sihat dan waras? Bila pula kita mahu mulakan kalau tidak sekarang bila lagi? Jangan tunggu masa lapang kerana sebenarnya kita tidak punya masa lapang.

Bagi yang berhasrat untuk menyumbang bolehlah berbuat demikian. Nombor akaun MAAHAD ialah Akaun Maybank - 562272901703 no talipon 019-2715765 Ustaz Azrul Hakim Suradi.

0 comments:

Post a Comment

Bagi meletakkan emoticon diatas, anda boleh memasukkan kodenya (panduan seperti diatas)