Tuesday, July 19, 2011

Ceramah Isra Mi'raj di SMK Danau Kota Setapak Kuala Lumpur



Kebiasaannya menjadi amalan masyarakat kita menghayati dan mengenangkan peristiwa besar yang berlaku kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. iaitulah peristiwa Isra & Mi'raj. Rata-ratanya surau, masjid serta pejabat-pejabat menganjurkan program ceramah, halaqah, forum dan seumpamanya adalah untuk memantapkan keimanan dengan menghayati cabaran Nabi dalam dakwah menyampaikan kebenaran. Kesedaran ini juga telah diambil kesempatan oleh sekolah-sekolah untuk menerapkan keyakinan anak-anak terhadap peristiwa penting yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kami berkesempatan di Sekolah Menengah Danau Kota Setapak Kuala Lumpur dalam program Isra & Mi'raj baru-baru ini.

Program ceramah bermula pada jam 3.45 khas untuk pelajar tingkatan dua. Ceramah dan tayangan slide serta komunikasi dua hala dengan para pelajar menjadi kaedah persembahan Alif Consultant. Alhamdulillah tiada yang terlelap dalam program ini. Guru-guru juga hadir dan membantu mengawal pelajar agar program dapat berjalan dengan lancar.



Saya selaku penceramah agak sedikit gusar kerana sesekali saya melontarkan soalan tentang sejarah mudah tentang Nabi Muhammad ramai yang tidak dapat menjawab. Dalam erti kata lain para pelajar tidak peka dan mengetahui tentang sirah Mabi Muhammad s.a.w. Jika sejarah penting serta latar belakang Nabi Muhammad tidak di ketahui maka akan mengakibatkan para pelajar jauh dari mengasihi Rasulullah.




Mudah-mudahan dengan penganjuran program ceramah dan seumpamanya terhadap generasi muda akan terus dipergiatkan oleh semua pihak. Surau dan masjid juga wajar menganjurkan program untuk anak-anak remaja dan pelajar sekolah agar tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh pihak sekolah yang pastinya mempunyai tugas-tugas lain.

Apa pun tahniah SMK Danau Kota atas keprihatinan para guru dalam memberi kesedaran terhadap anak-anak kita.

0 comments:

Post a Comment

Bagi meletakkan emoticon diatas, anda boleh memasukkan kodenya (panduan seperti diatas)