Tuesday, November 22, 2011

Asas Pengajaran Kreatif Kaedah Alif


Dunia pendidikan adalah suatu yang mencabar. Peredaran zaman secara langsung mengubah keadah mengajar dan mendidik para pelajar. Seringkali kedengaran keluhan para guru mengenai kaedah pengajaran yang mampu mencapai tahap kecemerlangan. Persoalan para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan adakah hasil dari kaedah serta teknik pengajaran di sekolah ataupun hasil pembelajaran di pusat-pusat tuisyen? Adakah ibu bapa tidak benar-benar yakin bahawa para guru di sekolah sudah cukup terlatih untuk membimbing anak-anak mereka untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan?



Kami benar-benar yakin para guru yang mengajar di sekolah adalah mereka yang terlatih serta mampu membimbing para pelajar. Namun faktor-faktor sampingan seperti jumlah pelajar, faktor pelajar, kesibukan para guru dengan aktiviti selain mengajar adalah faktor yang menyumbang kepada keperluan kelas tambahan dan seumpamanya. Selain itu para guru juga perlu diberi nafas baru dalam kaedah pengajaran serta teknik pengajaran kreatif untuk membimbing para pelajar yang terdedah dengan faktor persekitaran secara pantas dan tidak terbatas.




Maka kami telah merangka satu teknik pengajaran kreatif bagi berkongsi dengan para bakal pendidik serta guru-guru yang dikenali Pengajaran Kreatif Kaedah Alif. Kaedah ini mampu memberi pendedahan serta membina kembali semangat serta matlamat memberi bimbingan kepada para guru serta bakal guru.



Alhamdulillah kami telah menganjurkan Kursus Asas Pengajaran Kreatif Kaedah Alif di Universiti Malaya baru-baru ini untuk bakal guru yang akan mengajar subjek pengajian Islam dan Al Quran. Para bakal pendidik ini telah diberikan beberapa kaedah dalam pengajaran, menghadapi pelajar yang bermasalah, membina jatidiri guru agar tidak mudah patah semangat, yakin bahawa tugas mendidik merupakan amalan yang paing mulia dan pelbagai lagi.



Pengajaran Kreatif Kaedah Alif mempunyai beberapa modul yang mampu membantu para pendidik serta pendakwah untuk terus melangkah maju tanpa merasa jemu dan letih dalam mendidik anak bangsa untuk mencapai kecemerlangan.



Anda akan menjadikan anak-anak didik anda cemerlang bila anda yakin dengan diri anda.

1 comments:

Post a Comment

Bagi meletakkan emoticon diatas, anda boleh memasukkan kodenya (panduan seperti diatas)